in

Kuat kuasa hukuman lebih keras terhadap pemandu mabuk

IMG 20230722 083754 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUANTAN, 19 Mei – Sebelum ini sudah ada cadangan untuk meminda akta bagi membolehkan pemandu mabuk dikenakan hukuman penjara dan denda hingga RM150,000.

Namun, pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) itu belum mengurangkan kes kemalangan membabitkan golongan ‘kaki botol’ yang memandu hingga membahayakan nyawa orang lain.

Perkara ini sangat dikesali dan perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Madani.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Nadi Iman Medical, Dr Abdul Rasid Md Ali, individu yang mengambil minuman beralkohol secara berlebih akan kehilangan daya tindak balas normal.

“Sebab itu apabila berlaku kemalangan membabitkan pemandu mabuk, mesti mangsa akan meninggal dunia atau kecederaan parah.

“Jadi, langkah meminda perundangan dengan memperkenalkan hukuman lebih berat adalah wajar,” katanya.

Dia berkata demikian bagi mengulas insiden terbaru membabitkan seorang atlet negara yang berada di unit rawatan rapi angkara pemandu mabuk.

“Jangan pula bila terjadi insiden seumpama ini, maka si pelaku atau tertuduh ‘secara tiba-tiba’ memiliki kad OKU,” tegasnya.

Abdul Rasid melihat keperluan memperketatkan lagi undang-undang mengenai kebenaran penjualan minuman keras selepas tengah malam.

Katanya, segala usaha mengurangkan dan menghapuskan ancaman pemandu mabuk ini perlu dilakukan secara holistik dan sistematik.

“Perlu ada tahap atau had kesedaran tinggi dalam hal ini supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan,” katanya lagi.

Sebelum ini Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata pindaan undang-undang perlu disegerakan.

Ia bagi membuktikan kerajaan tegas mahu menangani masalah pemandu mabuk terutama ada di antaranya menyebabkan kematian. – nasionalkini.my

IMG 20240518 211406 800 x 500 pixel

ADUN Lepar ziarah keluarga Muhamad Syafiq

IMG 20240519 143105 800 x 500 pixel

Had bilangan premis jual arak