in

England layak ke final Piala Dunia Wanita

IMG 20230816 213435 800 x 500 pixel
Gambar oleh Reuters

SYDNEY, 16 Ogos – Lauren Hemp dan Alessia Russo menjaringkan gol di akhir permainan untuk England menewaskan Australia 3-1 dan mara ke final Piala Dunia Wanita bertemu Sepanyol.

The Lionesses terkandas dua kali di peringkat sama sebelum ini tetapi juara Eropah itu memastikan kemaraan ke final Piala Dunia buat pertama kali.

Mereka mendahului permainan sembilan minit sebelum rehat menerusi pemain Manchester United, Ella Toone.

Sam Kerr, yang kembali cergas, menyamakan kedudukan buat tuan rumah dengan jaringan bertaraf dunia.

Bagaimanapun England kembali mendahului lapan minit kemudian menerusi Hemp sebelum Russo memastikan kemenangan ketika permainan berbaki empat minit, lapor AFP.

England akan berdepan Sepanyol di Stadium Australia pada Ahad untuk merebut trofi itu buat pertama kali.

Pencapaian terbaik England di Piala Dunia Wanita ialah tempat ketiga selepas tewas di separuh akhir pada edisi 2015 dan 2019.- nasionalkini.my

IMG 20230816 200731 800 x 500 pixel

Ambulans bawa mayat guru terbalik

IMG 20230807 180911 800 x 500 pixel

Dua suspek ‘makan suap’ RM200,000 ditahan