in

50 siswa UniSZA masuk kampung jayakan program Semarak Siwa Madani AGRO Maju di Kuala Besut

progrm 3
Mahasiswa bersama komuniti Kuala Besut merakamkan kenangan bersama Dr Hafiz selepas menjayakan program Semarak Siswa Madani Agro Maju di Kuala besut, semalam.

Oleh Mohammad Ishak

KUALA BESUT, 31 Julai – Kira-kira 50 mahasiswa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama penduduk Kuala Besut yang kebanyakan terdiri keluarga nelayan menjayakan Program Semarak Siswa Madani Agro Maju.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberi inspirasi kepada mahasiswa supaya sentiasa bergiat aktif dalam program khidmat masyarakat dan mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Sempena program tersebut pelbagai aktiviti menarik diadakan bersama penduduk kampung antaranya demonstrasi cantuman durian, demonstrasi bonsai, pameran sains dan pertanian.

program 1
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff melihat hasil kerja tangan peserta pada program tersebut

Selain itu penduduk setempat juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan pihak uniSZA, menyertai pertandingan mewarna, Tahsin al-Quran, sukan rakyat, cabutan bertuah, merewang dan agihan gulai daging serta rersembahan dikir barat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff yangmerasmikan program berkenaan berkata, menerusi program yang dianjurkan ia diyakini mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa dalam berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

progrm 2
Hasil masakan gulai kawah yang dilakuakan secara rewang dibungkus sebelum diagihkan penduduk setempat

Menariknya program itu memberi peluang kepada mahasiswa menujuk bakat dalam bidang masakan sambil di pantau masyarakat setempat termasuk memasak gulai kawah secara berjemaah.

Pengalaman menarik itu memberi peluang kepada mahasiswa mengetahui cara menyediakan hidangan setempat iaitu gulai kawah yang menjadi hidangan istimewa masyarakat di negeri- negeri di pantai timur.

Bukan sekadar dimasak dan makan bersama tetapi hasil masakan itu turut dikongsi kepada penduduk setempat. – nasionalkini.my

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN re 2

Dua anggota polis disiasat kes OKT lolos

paip

1,000 km paip lama di Johor diganti  baharu dengan peruntukan RM935 juta