in ,

PRN: Amanah dijangka bertanding di 33 kerusi

355145901 788091096016895 1111357334173592380 n
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan bertanding di 33 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub menjelaskan, pihaknya yakin dapat memenangi semua kerusi DUN yang disasarkan itu, termasuk di negeri ditadbir pembangkang.

“Angka (bertanding kerusi DUN) lebih kurang…kalau di Kelantan (kita) boleh bertanding tujuh kerusi. Kalau di Terengganu tiga atau empat Insya-Allah. Kedah (kita sasarkan) tujuh atau lapan (kerusi DUN), Selangor sembilan kerusi, Negeri Sembilan tiga kerusi dan dua kerusi di Pulau Pinang.

“Alhamdulillah berdasarkan sambutan rakyat, kita yakin kita dapat untuk mengekalkan kemenangan dan kita ada peluang yang seimbang di negeri-negeri yang pembangkang perintah ketika ini,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini.

Beliau berkata, tugas AMANAK adalah untuk memastikan dapat mencapai kemenangan di kerusi yang akan dipertandingkan nanti. – nasionalkini.my

IMG 20230707 093443 800 x 500 pixel

Aksi sulung Ruziev memuaskan

IMG 20221211 WA0086 1

PRN: Majikan boleh didenda jika tidak benar pekerja keluar mengundi