in ,

Padah cubaan samun guna pistol mainan, lelaki ditahan polis

pistol1
Pistol mainan dan pakaian yang berjaya dirampas daripada seorang lelaki yang cuba melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Dulang, Yan. - Gambar Utusan Malaysia

YAN, 18 Julai – Tindakan berani seorang lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai serbaneka dengan menggunakan pistol mainan membawa padah apabila ditahan pihak polis di Dulang, di sini pada Jumaat lalu

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek warga tempatan berusia 35 tahun ditahan di tepi jalan di Titi Hayun pada pukul 4.30 pagi selepas juruwang kedai terbabit membuat laporan polis sejam sebelum itu.

“Siasatan awal mendapati, sekitar pukul 3.05 pagi, suspek pergi mengisi minyak motosikal di stesen minyak yang terletak bersebelahan kedai serbaneka di situ. Selepas mengisi minyak suspek dilihat mundar mandir di tepi bangunan stesen minyak berkenaan,” katanya seperti dilaporkan Utusan hari ini.

Menurutnya, ketika juruwang itu keluar untuk mengambil penyapu yang berada di tepi stesen minyak itu, dia disergah oleh suspek sambil menunjukkan objek disyaki pistol menyebabkan mangsa berlari masuk semula ke dalam premisnya.

“Selepas gagal memperolehi apa-apa daripada mangsa, suspek kemudiannya bergegas melarikan diri. Kira-kira sejam kemudian kita berjaya menahan suspek dan merampas sepucuk pistol mainan, sebuah motosikal dan sehelai jaket berwarna hitam,” katanya.

Katanya, semasa disoal siasat suspek turut mengaku mengacukan pistol mainan itu kepada mangsa ketika cubaannya melakukan samun. – nasionalkini.my

361731665 233445156271078 3161743033730046742 n

Neelofa umum nama anak kedua, Abdullah Abbas

2270971

Agong saksi Latihan Kuasa Tembakan 2023