KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena kemuncak hujan meteor Perseids selama beberapa jam pada 13 Ogos ini.
Planetarium Negara berkata, kemuncak hujan meteor tersebut dijangka berlaku dengan kadar maksimum 110 meteor sejam atau hampir dua meteor seminit pada 13 Ogos (Ahad), jam 9 malam sehingga menjelang awal pagi 14 Ogos.
Menurutnya, fenomena hujan meteor Perseids itu bermula sejak 17 Julai lalu dan dijangka berakhir pada 24 Ogos 2023.
“Bagi yang ingin memerhatikan fenomena ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya.
“Pusat pancaran meteor tersebut datangnya dari buruj Perseus yang terletak di langit sebelah Utara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – nasionalkini.my