in ,

Kanak-kanak dikhuatiri lemas, bot dinaiki karam

2288882
Operasi mencari kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam dilakukan pasukan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Batu, Sandakan.

SANDAKAN, 1 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan lemas selepas bot yang dinaiki bersama beberapa individu lain karam di perairan Tanjung Batu, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 2.30 petang itu menyebabkan mangsa Romy Azlan, 7, hilang manakala empat individu dewasa dan seorang lagi kanak-kanak yang menaiki bot sama sempat diselamatkan.

Sinar Harian melaporkan, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan pada pukul 4 petang dan pangkalan hadapan Carilamat diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut.

“Menurut maklumat, mangsa bersama lima lagi ahli keluarganya dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.

“Ketika dalam perjalanan, bot tersebut dipercayai terlanggar satu objek terapung dan menyebabkan bot itu hilang kawalan lalu terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Zainudin berkata, Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8 dari Zon Maritim Sandakan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan pencarian awal mangsa.

“Turut membantu pencarian ialah Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

“Bagaimanapun, mangsa belum ditemui setakat ini. Operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan disambung semula pada jam 7 pagi esok (Rabu),” katanya.

Tambah beliau lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta berhubung terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam. – nasionalkini.my

362284543 688039846686914 4244119923714920558 n

Fenomena kemuncak hujan meteor Perseids 13 Ogos ini

fbimage

SPRM tahan tiga individu termasuk dua pegawai beruniform