in ,

Remaja OKU rentung dalam kebakaran rumah

2288769
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Dato Seri Kamaruddin dekat Manjung pada Selasa mengorbankan seorang remaja OKU. - Foto Ihsan JBPM Perak

MANJUNG, 1 Ogos – Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas sebuah rumah di Kampung Dato Seri Kamaruddin dekat sini terbakar hari ini

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa berusia 15 tahun dijumpai atas katil dalam sebuah bilik ketika operasi dilakukan.

“Kami menerima panggilan kejadian itu pada jam 4.11 petang dan sebaik tiba, kita dapati api marak memusnahkan rumah hampir 80 peratus.

“Apabila api berjaya dikawal, kita menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan mengaplikasikan konsep RECEO (rescue, exposure, confinement, extinguishment dan overhaul) menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel dan satu aliran salur bantu mula dari tangki jentera. – nasionalkini.my

logo polis 2 1651832730

Lelaki maut ditembak lapan das

362284543 688039846686914 4244119923714920558 n

Fenomena kemuncak hujan meteor Perseids 13 Ogos ini