in , ,

Bersatu dakwa UMNO dan DAP hanya berlakon untuk terima antara sama lain

Ahmad Faizal Azumu Bersatu
Pengerusi Perikatan Nasional(PN) Negeri Sembilan turut bersetuju yang UMNO dan DAP hanya bercakap untuk menyedapkan hati yang kononnya ahli parti mereka sudah mula menerima antara satu sama lain.

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Timbalan Presiden Bersatu, mendakwa UMNO dan DAP sebenarnya terpaksa berlakon untuk menerima antara satu sama lain

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu diakui sendiri oleh rakannya daripada DAP.

“Saya ada jumpa rakan daripada DAP yang mereka mengaku sekarang terpaksa berlakon menyokong UMNO, begitu juga dengan UMNO pun berlakon menyokong DAP sedangkan dalam hati tiada keserasian.

“Saya faham perasaan itu semasa saya berada dalam PH yang mana kita mempunyai dasar yang berbeza dalam banyak perkara dan terpaksa membuat keputusan secara bersendiri,” katanya seperti dilapor Siar harian, hari ini.

Katanya, situasi ketidakserasian itu akan dapat dilihat dari sehari ke sehari yang lama kelamaan akan lebih terserlah.

Malah Pengerusi Perikatan Nasional(PN) Negeri Sembilan turut bersetuju yang UMNO dan DAP hanya bercakap untuk menyedapkan hati yang kononnya ahli parti mereka sudah mula menerima antara satu sama lain.

“Saya percaya kenyataan sebegitu hanya menyedapkan hati mereka yang bercakap bukannya yg mereka mendengar.

“Yang pastinya ada sejumlah besar penyokong tradisi termasuk ahli UMNO berasa kecewa atau ‘geli-geliman’ untuk bekerjasama dengan parti yang telah mengata nista mereka, yang telah menentang segala dasar diperjuangkan UMNO sejak awal lagi,” katanya. – nasionalkini.my

JAIS ABDUL KARIM

Rasuah JPN boleh rosakkan kepercayaan orang awam

WhatsApp Image 2023 07 04 at 10.21.40 PM

Jenazah tujuh sekeluarga selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3