in

Bakal calon disarankan buat semakan, bayar deposit awal – SPR

spr
Penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada Hari Penamaan Calon

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor Sabtu ini.

Manakala orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak menerusi pemakluman berkata penamaan calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor, hari ini.

Katanya, penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada Hari Penamaan Calon dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal calon yang ingin bertanding PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram agar mengisi borang serta membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus berkenaan atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan calon.

“Selain itu, bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti pembayaran.

“Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram pada 9 September depan dengan 26 Ogos sebagai hari penamaan calon.

palestin mati

Lebih 200 rakyat Palestin jadi mangsa tentera Israel, setakat tahun ini

AGC perlu siasat dokumen tular