in

Polis tahan lapan lelaki dipercayai terlibat kes gaduh depan restoran

Screenshot 2023 08 02 201237
Rakaman insiden pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah tular di media sosial.

AMPANG, 2 Ogos – Lapan lelaki disyaki terlibat kes pergaduhan di depan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah di sini, pada semalam ditahan polis hari ini.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua individu berusia 19 hingga 33 tahun itu ditahan secara berasingan bermula jam 11 malam Selasa hingga awal pagi hari ini.

“Kita turut merampas topi keledar dan kerusi yang digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, punca pergaduhan adalah disebabkan tindakan sindir menyindir oleh salah satu daripada dua kumpulan kelab motosikal yang terlibat dalam pergaduhan itu, yang rakamannya turut tular menerusi aplikasi TikTok.

“Semakan lanjut mendapati dua daripada lapan individu yang ditahan itu mempunyai kesalahan lampau atas kes dadah dan jenayah.

“Kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya. – nasionalkini.my

Capture0025 86

“Saya akan meletakkan jawatan pada penghujung tahun ini” – Norza

AA14Ph1c

RM73.45 juta telah dibelanja untuk selenggara jalan berlubang