in

Mayat buruh ladang ditemukan dengan kesan tikaman

photo1689840525 1689841599
Anggota polis mengawal mayat buruh ladang yang ditemukan dengan kesan tikaman di sebuah ladang di kawasan Merotai di Tawau. - Foto ihsan pembaca

TAWAU, 20 Julai – Buruh ladang ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai menggunakan tombak dalam kejadian di sebuah ladang di kawasan Merotai, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki warga asing berusia 33 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman pada badan selain satu pada kepala.

BH melaporkan, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal di lokasi menemukan sebatang tombak dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Susulan kejadin itu, tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan di kawasan pusat bandar kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Salah seorang suspek iaitu lelaki berusia 53 tahun direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala tiga yang lain dibebaskan,” katanya pada sidang media hari ini.

Jasmin berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian pembunuhan itu. – nasionalkini.my

2272116

Saya akan kembali – Zii Jia

AFQ 2451 1

Kastam rampas 4.1 juta batang rokok putih