in

Perjuangan Kem Negara Berakhir Di Suku Akhir Terbuka Korea

362236094 744040801063209 4379127084359149892 n
Hasrat beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei untuk meneruskan momentum kejuaraan tidak kesampaikan apabila tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 9-21, 21-23 di Terbuka Korea Selatan.

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Hasrat beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei untuk meneruskan momentum kejuaraan tidak kesampaikan apabila tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 9-21, 21-23 di Terbuka Korea Selatan.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Jinnam di Yeosu, Korea itu, gandingan negara yang berada di ranking ke-46 dunia tewas mudah set pertama 9-21.

Bagaimanapun, mereka cuba bangkit pada set kedua dengan permainan lebih kemas namun terpaksa akur dengan kehandalan beregu Indonesia itu dengan kekalahan 21-23.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, Izzuddin-Sze Fei bagaikan hilang keyakinan dan gagal bertahan dengan baik yang menjadi punca kecundang mudah pada set pertama.

“Set pertama mereka bermain mengikut rentak permainan lawan. Mereka juga hilang keyakinan apabila gagal bertahan dengan baik.

“Namun, memasuki set kedua, mereka sudah bermain dengan betul tetapi ketika mendahului 16-10, mereka tukar corak permainan dan membuatkan Fajar-Rian dapat mengutip mata 13-16, 14-16. Waktu itu mereka sudah mulai tidak tenang dan ia sayang sekali.

“Kalau ketika mendahului 16-10 itu mereka lebih bersabar, saya percaya mereka boleh heret perlawanan ke set ketiga,” katanya. seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong juga gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 20-22, 19-21. – nasionalkini.my

pelajar

Pelajar maut jatuh bangunan sekolah sedang jalani rawatan psikiatri

vocket mekanik jumpa objek dipercayai bahan letupan kereta siti kasim header

Objek bawah kereta Siti Kassim sah bahan letupan