in ,

Objek bawah kereta Siti Kassim sah bahan letupan

vocket mekanik jumpa objek dipercayai bahan letupan kereta siti kasim header
Objek mencurigakan dipercayai bahan letupan ditemui di bawah kereta milik peguam Siti Kassim ketika dihantar untuk di servis di Jalan Maarof, di sini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Polis mengesahkan objek mencurigakan yang ditemui di bawah kereta peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pada masa ini pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada bahan letupan IED itu masih aktif atau sebaliknya.

“Bahan letupan ini akan diserahkan kepada pakar untuk dianalisis sebelum kesimpulan lebih terperinci dapat diberikan. Kita juga belum mengambil keterangan lanjut daripada pemilik kenderaan (Siti Kasim).

“Berdasarkan perbualan secara lisan, Siti Kasim memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang ancaman namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada BH hari ini.

Amihizam berkata pihaknya menerima maklumat dari Siti Kasim pada jam 12.58 tengah hari tadi.

“Ketika kejadian ini Siti Kasim, menghantar keretanya jenis Toyota Celica ini untuk diservis sebelum dimaklumkan ada objek menyerupai bom di bahagian bawah kereta oleh mekanik. Pihak polis akan mendapatkan maklumat daripada semua saksi kejadian ini,” katanya. – nasionalkini.my

362236094 744040801063209 4379127084359149892 n

Perjuangan Kem Negara Berakhir Di Suku Akhir Terbuka Korea

istock 996797474 ratio 16x9 1

Angin kencang dan laut bergelora di perairan negara esok