Shah Alam, 18 April – Kesesakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur sejak tengah malam tadi didakwa disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di lebuhraya berkenaan.
Menurut ciapan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), trafik sesak itu berlaku sepanjang 11.7 kilometer (km) bermula dari KM20.1 arah timur sehingga ke lokasi kerja-kerja penyelenggaraan.
Menurut ciapan itu lagi, lorong tengah dan kanan di KM31.8 hingga KM32.7 arah timur (Genting Sempah) ditutup bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.
“Penutupan lorong tengah dan kanan bermula pada jam 8.30 malam (17 April) dan tamat pada 8 pagi (18 April). Penutupan adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan ‘pavement rehabilitation’,” katanya.
Difahamkan trafik perlahan berlaku sejak tengah malam Isnin menyebabkan pengguna jalan raya menghadapi kesesakan sehingga lebih empat jam. – nasionalkini.my