in

Juara Liga Singapura musim 2022, Albirex Niigata ‘dijinakkan’ JDT 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim

WhatsApp Image 2023 06 17 at 8.43.21 PM 1
JDT berjaya memperoleh dua gol hasil jaringan Diogo Luis Santo pada minit ke-18 dan Forestieri minit ke-27 dan tiada gol diperoleh Albirex.

Oleh Luth Adwa

ISKANDAR PUTERI, 17 Jun – Biarpun sekadar perlawanan persahabatan antarabangsa, namun skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap mempamerkan aksi terbaik sekali gus berjaya ‘menjinakkan’ juara Liga Singapura (Liga S) musim 2022 yang juga pendahulu liga musim ini Albirex Niigata FC 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, petang hari ini.

Dalam separuh masa pertama, JDT berjaya memperoleh dua gol hasil jaringan Diogo Luis Santo pada minit ke-18 dan Forestieri minit ke-27 dan tiada gol diperoleh Albirex.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT menambah tiga lagi gol menerusi Muhd Nazmi Faiz Norhisam (minit ke-53), Bergson da Silva (minit ke-64) dan Aysar Hadi (minit ke-67).

Pasukan pelawat meraih gol saguhati menerusi Seia Kunori pada minit ke-63 dan keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan persahabatan itu.

Albirex Niigata merupakan sebuah kelab bola sepak profesional pada asalnya adalah dari Jepun. Tetapi sejak 2004 sudah menyertai liga Singapura iaitu Singapore Premier League.

Untuk rekod, sejak menyertai Liga S, Albirex Niigata yang juga digelar sebagai White Swans memenangi gelaran juara liga sebanyak lima kali iaitu pada 2016, 2017, 2018, 2020 dan 2022.

Dalam tempoh itu juga, mereka pernah juara dengan tanpa kekalahan. Selain itu, mereka juga pernah memenangi Singapore Cup, Singapore League Cup dan Community Shield masing-masing sebanyak empat kali.

Keputusan perlawanan antarabangsa antara JDT dan Albirex memperlihatkan skuad Harimau Selatan berada di kelas tersendiri di peringkat Asia Tenggara. – nasionalkini.my

IMG 20230617 200317 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke kejohanan golf amal

kad rahmah

Kad Siswa Rahmah kepada pelajar IPTA bakal dipertimbang