in ,

Kad Siswa Rahmah kepada pelajar IPTA bakal dipertimbang

kad rahmah
Salahuddin ketika hadir pada Jelajah RAHMAH & Townhall Menteri Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup bersama Rakyat di Dewan Seri Iskandar UITM Seri Iskandar Perak. Foto: Kosmo

SERI ISKANDAR, 17 Jun – Bagi menjamin dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mahasiswa di Institut Pengajian Tingi Awam (IPTA), Kad Siswa Rahmah bakal diperkenalkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, idea (Kad Siswa Rahmah) boleh dipanjangkan, seperti dibuat Program Jualan Rahmah untuk mudahkan mereka mendapatkan makanan di kampus universiti.

“Namun, ini di luar bidang kuasa saya. Ia perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

“Perkara itu masih di peringkat cadangan dan perlu dibincangkan bersama  MOF dan KPT terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Bersama Rakyat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar, hari ini.

Salahuddin menambah, kerajaan akan mengutamakan untuk memberi lebih banyak bantuan kepada mahasiswa seiring perkembangan ekonomi.

Selain itu,  kerajaan turut bercadang meneruskan Jualan Rahmah di semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kita boleh mengadakan dalam setiap Parlimen sebanyak dua kali sebulan. Ia sangat memberikan kelegaan kepada rakyat kerana kebanyakan barang-barang mentah seperti ayam bulat kita jual dengan harga yang diberikan subsidi. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 17 at 8.43.21 PM 1

Juara Liga Singapura musim 2022, Albirex Niigata ‘dijinakkan’ JDT 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim

nik nazmi2

PRN Kelantan: PH, BN guna logo masing-masing