in

Harimau Malaya boleh jadi 100 terbaik

IMG 20230701 080952 800 x 500 pixel
Berdasarkan kemas kini terbaharu ranking FIFA yang dikeluarkan pada Khamis, Malaysia telah naik satu anak tangga dari kedudukan ke-138 ke posisi 137 dunia - Gambar oleh Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menunjukkan petanda positif dengan memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berharap rentak positif itu dapat diteruskan, sekali gus meraih kedudukan lebih baik terutama menembusi ranking 100 terbaik dunia.

“Alhamdullilah… ia satu kebanggaan kepada pasukan bola sepak negara selepas kita dapat naik dalam kedudukan ranking dunia.

“Itu adalah apa dimahukan semua penyokong Harimau Malaya selama ini.

“Namun, saya yakin kita dapat pergi lebih jauh daripada kedudukan sekarang ini.

Datuk Zainal Abidin Hassan

“Saya percaya skuad negara mampu berada di ranking 100 terbaik dunia dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Lagipun, pasukan negara ini baru sahaja diperbaiki, bukan dah lama. Kenaikan demi kenaikan ini adalah satu bukti bahawa pasukan negara semakin baik dari semasa ke semasa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Berdasarkan kemas kini terbaharu ranking FIFA yang dikeluarkan pada Khamis, Malaysia telah naik satu anak tangga dari kedudukan ke-138 ke posisi 137 dunia.

Untuk rekod, pencapaian itu merupakan kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak berada di tangga ke-127 dunia pada Mei 2006. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230618 102803 800 x 500 pixel

Jumpa bom di Taman Polo

IMG 20230625 084746 800 x 500 pixel

Abdul Hadi berada di hospital terima rawatan