in

Fokus seterusnya aksi bertemu Thailand

20230504 133817
Sebahagian aksi menarik perlawanan sulung Malaysia - Laos malam tadi (Gambar oleh FAM)

PHNOM PENH, 4 Mei – Kemenangan besar 5-1 ke atas Laos pada aksi sulung di Sukan SEA Kemboja 2023, semalam bukan jaminan buat skuad bawah 22 (B-22) tahun negara untuk berada dalam zon selesa untuk saingan Kumpulan B.

Ketua jurulatih skuad negara, E Elavarasan menegaskan bahawa fokus utama pasukannya adalah berdepan pasukan pilihan, Thailand pada aksi kedua di gelanggang sama, Sabtu ini.

Dia yang juga penolong jurulatih skuad senior Harimau Malaya menyifatkan kemenangan besar ke atas Laos mungkin tidak bermakna jika mereka tidak berjaya meraih keputusan baik berdepan Thailand.

“Saya fikir lima gol (berdepan Laos) bukan kelebihan besar sebab apabila berdepan Thailand dan kita tewas, apa kelebihan daripada lima gol itu? Jika keputusan dengan Thailand bagus, jaringan itu akan membantu kami.

“Pada masa ini masih terbuka. Kita perlu faham sebab kumpulan ini memang sukar, ia perkara normal dalam bola sepak yang mana anda ada keupayaan untuk terus mara.

“Untuk penyokong, terima kasih sebab bagi harapan yang tinggi. Namun kita kena tengok yang Thailand adalah pasukan yang lebih baik dari kita. Anda perlu faham, Vietnam pun pasukan yang lebih baik,” katanya, lapor BH.

Kejayaan membelasah Laos menyaksikan skuad negara berada di tangga kedua kumpulan, berkongsi tiga mata bersama Thailand manakala Vietnam yang sudah beraksi dua perlawanan di kedudukan teratas dengan enam mata.

Selepas Thailand, anak buah Elavarasan akan berdepan juara bertahan, Vietnam pada Isnin ini sebelum aksi terakhir menentang Singapura (11 Mei) dengan semua aksi itu akan berlangsung di Stadium Prince. – nasionalkini.my

IMG 20230504 WA0000

Kakak tekad jaga 5 adik-beradik OKU selepas ibu bapa meninggal

20230504 135608

Sedia hadapi ancaman menjelang pertabalan Raja Charles III