in ,

Sedia hadapi ancaman menjelang pertabalan Raja Charles III

20230504 135608
Majlis pertabalan Raja Charles III dijadualkan Sabtu ini (Gambar oleh Aljazeera)

LONDON, 4 Mei – Perkhidmatan keselamatan United Kingdom (UK) sudah sedia untuk menangani sebarang cabaran ketika hari pertabalan Raja Charles III, menurut kerajaan hari ini.

Ia hadir susulan insiden seorang lelaki ditahan selepas disyaki melontar kelongsong peluru senapang patah ke dalam perkarangan Istana Buckingham.

Polis menahan lelaki itu yang didakwa bersenjatakan pisau, pada kira-kira jam 7 malam (1800 GMT) semalam, menimbulkan kebimbangan hanya beberapa hari sebelum acara pertabalan Raja Charles III, yang akan dihadiri raja-raja dan pemimpin dunia.

Menteri Keselamatan, Tom Tugendhat pada Rabu berusaha meyakinkan orang ramai, dengan memberitahu Times Radio bahawa polis sedia mendepani segala cabaran menjelang peristiwa bersejarah itu.

“Pihak perisikan dan pasukan keselamatan menyedari cabaran yang kami hadapi dan bersedia menanganinya seperti dilakukan dengan cemerlang oleh polis semalam,” katanya, lapor AFP.

Polis Metropolitan London berkata, pegawainya sudah memusnahkan beg yang mencurigakan dibawa lelaki ditahan itu sebagai langkah berjaga-jaga, selain tidak menganggap insiden itu dengan keganasan.

Pegawai keselamatan berkata, lelaki itu ditahan kerana disyaki memiliki senjata dan selepas diperiksa, sebilah pisau ditemui.

“Pegawai bertindak serta-merta menahan lelaki itu dan dia sudah berada dalam tahanan polis.

“Tiada laporan tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan kepada pegawai atau orang awam,” menurut Ketua Polis Metropolitan London, Superintendan Joseph McDonald dalam satu kenyataan. – nasionalkini.my

20230504 133817

Fokus seterusnya aksi bertemu Thailand

2183344

Wanita maut motosikal dirempuh kereta