PHNOM PENH, 6 Mei – Atlet lari berhalangan negara menghadiahkan dua pingat untuk kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja selepas meraih gangsa dalam acara 100 meter (m), sebentar tadi.
William Yoong Wei Teng mencatat masa 28.8 saat (s) untuk mengetepikan wakil tuan rumah, Ol Saoheng pada aksi yang berlangsung di Parkir Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, lapor BH.
Dia selepas ini akan mengalihkan fokusnya bagi memburu emas bersama Mohd Redha Rozlan, Nur Hafis Said Alwi, dan Ghalib Mohamad Azimi dalam saingan final berganti-ganti lelaki esok.
Bagi acara sama untuk kategori wanita pula, pingat gangsa disumbang oleh Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli. – nasionalkini.my