in ,

Bank mula umumkan perubahan kadar pinjaman baharu berikutan kenaikan OPR

WhatsApp Image 2023 05 05 at 9.51.57 PM 1

KUALA LUMPUR 6 Mei – Bank-bank tempatan mula mengumumkan kadar pinjaman baharu mereka berkuat kuasa seawal 8 Mei 2023, selaras kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan ‘mengejut’ apabila kadar tersebut kepada 3% mengatasi jangkaan penganalisis bahawa ia akan kekal pada 2.75%.

Kenaikan itu menjadikan kadar faedah penanda aras terkini ke tahap sebelum pandemik sebanyak 3%, yang kali terakhir dilihat pada 5 November 2019.

WhatsApp Image 2023 05 05 at 9.54.46 PM 1
CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan BR, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 9 Mei 2023

Antara bank yang telah mengumumkan perubahan terhadap kadar pinjaman/pembiayaan mereka termasuklah RHB Banking Group yang menyaksikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman/pembiayaan asas (BLR/BFR) naik sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei 2023.

Dalam kenyataan, kumpulan perbankan itu berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan SBR daripada 2.75% kepada 3%, BR daripada 3.5% kepada 3.75% setahun, dan akan turut menyemak BLR/BFR daripada 6.45% kepada 6.7% setahun.

Sementara itu, CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan BR, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 9 Mei 2023.

WhatsApp Image 2023 05 05 at 9.54.46 PM 1 1
CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan BR, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas

Pada masa sama, bank itu memberitahu, semua kemudahan pembiayaan berasaskan BLR dan BFR akan turut dinaikkan sebanyak 0.25%.

Maybank turut mengumumkan akan menyemak semula kenaikan SBR, BR dan BLR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini berikutan pengumuman mengenai kenaikan OPR pada Rabu.

SBR dan BR Maybank akan dinaikkan daripada 2.75% setahun kepada 3% setahun manakala BLR akan disemak semula daripada 6.4% setahun kepada 6.65%.

Begitu juga, SBR dan BR Islam akan ditingkatkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.75% setahun kepada 3% setahun manakala kadar pembiayaan asas Islam akan ditambah kepada 6.65% setahun berbanding 6.4% sebelum ini.

WhatsApp Image 2023 05 05 at 9.53.36 PM 1
Maybank turut mengumumkan akan menyemak semula kenaikan SBR, BR dan BLR

Sejajar dengan semakan itu, kadar simpanan tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaraskan ke atas berkuat kuasa 8 Mei ini.

Berikutan kenaikan terkini OPR, SBR bagi Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank akan berada pada 3% peratus berkuat kuasa 9 Mei ini.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, kadar asas dan kadar asas Islam akan disemak semula kepada 3.88% berbanding 3.63% sebelumnya.

Begitu juga pinjaman serta pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan Islam akan disemak semula kepada 6.89% daripada 6.64%.

Dalam pada itu, Alliance Bank Malaysia Bhd dan Alliance Islamic Bank Bhd juga akan menaikkan SBR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3% setahun.

Sehubungan itu, Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank akan menaikkan kadar asas mereka sebanyak 25 mata asas kepada 3.82% setahun daripada 3.57%.

Susulan kenaikan OPR ini, bank-bank tempatan yang lain juga akan mengumumkan perubahan kadar pinjaman/pembiayaan mereka dari semasa ke semasa. – nasionalKini.my

20230506 090648

Belum ada pengganti Mael XPDC

20230506 104807

2 pingat untuk Malaysia