in

Panggilan ‘sayang’ dikira gangguan seksual

20230506 114734
Gambar hiasan

PETALING JAYA, 6 Mei – Penjawat awam akan berdepan masalah sekiranya menggunakan panggilan ‘sayang’ ketika bercakap dengan rakan sekerja.

Menurut notis Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ungkapan sedemikian dianggap satu bentuk gangguan seksual.

Hubungan sulit dalam kalangan penjawat awam akan membawa kepada tindakan tatatertib, menurut senarai gangguan dan kesalahan tatatertib lain yang diedarkan kepada jabatan dan agensi kerajaan bulan lalu.

Senarai itu termasuk ‘sexting’ atau menghantar gambar dan mesej tidak senonoh dengan konotasi seksual.

Senarai itu disediakan bahagian kenaikan pangkat dan disiplin SPA bertujuan memperhalusi pertuduhan yang dikenakan terhadap penjawat awam pada pendengaran tatatertib, lapor FMT.

Menurutnya, mangsa yang diganggu secara fizikal mesti menyatakan secara khusus sama ada mereka disentuh, dibelai, dicium atau dipeluk semasa memfailkan aduan kepada Lembaga Disiplin.

“(Mangsa) juga mesti menyatakan jika mana-mana tindakan di atas membuatkan mereka berasa tidak senang, terhina atau terganggu,” menurut senarai itu.

Mereka yang memfailkan aduan mengenai hubungan sulit mesti memasukkan maklumat tepat seperti tempoh hubungan itu.

Selain gangguan seksual, senarai semakan itu juga menyebut kesalahan berkaitan dadah, tidak hadir tanpa cuti rasmi, menggunakan sijil perubatan palsu, mengeluarkan kenyataan awam atau media sosial yang tidak dibenarkan dan melanggar prosedur perolehan kerajaan. – nasionalkini.my

20230506 104807

2 pingat untuk Malaysia

IMG 20230506 WA0005

Fahmi nafi terlibat skim pelaburan saham