KUANTAN, 2 Mei – Pengarah Pembangunan Negeri, Datuk Zulkifli Yaacob dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu bermula hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Indera Zulkifli yang memulakan tugas beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu
“Sebentar tadi beliau telah mengadakan kunjung hormat ke atas saya di pejabat saya di Wisma Sri Pahang, Kuantan. Dalam pertemuan ini, beberapa perkara telah kami bincangkan dan saya amat yakin beliau mempunyai pengalaman yang luas serta keupayaan untuk menggalas jawatan ini.
“Saya berharap semoga beliau dapat membantu saya dalam menguruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang seterusnya melaksanakan segala perancangan pembangunan ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.
Zulkifli menggantikan Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak yang telah menamatkan perkhidmatannya selepas diberi kepercayaan menggalas jawatan Setiausaha Kerajaan Pahang pada 2019 dengan membawa pelbagai pembaharuan dan kemajuan kepada Negeri Pahang sepanjang tempoh berkhidmat menyumbang bakti kepada negeri makmur ini. – nasionalkini.my