in

Warga emas hilang ketika cari katak ditemukan selamat

photo1690984163 1690984301
Nyipa Ajong ditemui selamat hari ini, pada jarak empat kilometer dari lokasi dia disedari hilang pada Isnin lalu. - Foto ihsan JBPM

KUCHING, 2 Ogos – Seorang warga emas yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika mencari katak di Sungai Banyau, Nanga Sebala Mujong di Kapit, sejak tiga hari lalu ditemukan selamat, hari ini.

Nyipa Ajong, 68, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 2 petang tadi pada jarak empat kilometer dari lokasi dia bersama rakannya berehat Isnin lalu.

Berita Harian melaporkan, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun sedikit keletihan.

“Pencarian dilakukan dalam radius kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat Isnin lalu sehingga dia ditemukan selamat, hari ini. Mangsa diserahkan kepada pihak polis Kapit untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan daripada pihak polis berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.32 pagi, Isnin lalu.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dilaporkan keluar mencari katak, namun disedari hilang ketika dalam perjalanan pulang.

“Saksi memaklumkan kepada penduduk rumah panjang mengenai kehilangan warga emas itu dan mereka membuat pencarian awal namun gagal mengesan mangsa,” jelasnya. – nasionalkini.my

hm2bbass 1690980363

Pandu melulu 15KM, polis tahan lelaki positif dadah

skttiram 1690986950

Guru, murid SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran sisa kimia