in

Umat Islam diminta jauhi ajaran sesat SiHulk

Ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kumpulan ajaran sesat yang dibawa oleh Suhaini Mohammad (Sohai Ibnu Muhammad) atau SiHulk segera tampil membuat laporan kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya juga telah mengarahkjan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bekerjasama rapat dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membanteras ajaran sesat ini.

“Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman SiHulk sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Seperti yang sedia maklum, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa JAIN. Pihak Jakim telah menyalurkan maklumat mengenai ajaran dan kegiatan kumpulan SiHulk kepada pihak JAIN antaranya Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan penguatkuasaan.

“Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihati supaya umat Islam tidak terlibat dan menjauhi daripada penyebaran ajaran sesat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mana-mana individu yang didapati terbabit dalam kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam seperti penyebaran ajaran sesat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.

“Pihak Jakim telah diarah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi mengadakan siri penerangan di seluruh negara berkaitan bahaya amalan dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah kepada masyarakat,” katanya. – nasionalkini.my

Dua sepupu didakwa tipu tauke beras

bpn 1689914574

Hasrat jadi calon PRU-15 tidak kesampaian, terpaksa tanggung rugi RM32 juta