in ,

UM kekal universiti terbaik negara, naik lima anak tangga dalam QS World Ranking

Universiti Malaya scaled
Universiti tertua negara itu juga merupakan satu-satunya universiti tempatan yang disenaraikan dalam 100 terbaik di peringkat dunia,

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Universiti   Malaya (UM) terus menguasai kedudukan universiti terbaik di Malaysia dalam QS World University Rankings 2024 bagi tahun keenam berturut-turut.

Universiti tertua negara itu juga merupakan satu-satunya universiti tempatan yang disenaraikan dalam 100 terbaik di peringkat dunia, naik lima tempat ke tangga ke-65 dalam edisi ke-20 penarafan tersebut.

Di kedudukan kedua ialah Universiti Sains Malaysia (USM) yang naik enam anak tangga dari peringkat ke-143 ke peringkat ke-137.

Universiti penyelidikan Malaysia yang lain — Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-158, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-159, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-188)  juga disenaraikan dalam 200 terbaik.

Sementara itu,universiti swasta terbaik di Malaysia, Taylor’s University mengekalkan kedudukannya sebagai dengan kedudukan ke-284, diikuti oleh UCSI University di peringkat ke-300.

Sebanyak empat universiti Malaysia membuat penampilan sulung dalam penarafan ini, termasuk INTI International University di kedudukan ke-556 bersama Florida International University, Amerika Syarikat, Asia Pacific University of Technology and Innovation di kedudukan 621-630), Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka kedua-duanya dalam kumpulan 1201-1400.

Rekod tertinggi sebanyak 28 institusi pengajian tinggi Malaysia disenaraikan dalam tahun ini.

Sementara itu, National University of Singapore (NUS) berada di kedudukan kelapan, menjadikannya satu-satunya universiti Asia yang masuk ke senarai 10 terbaik dunia.

QS World University Rankings 2024 adalah penarafan terbesar untuk institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia dengan 1,503 institusi yang disenaraikan, meningkat daripada 1,418 institusi tahun lalu. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 28 at 7.40.58 PM

Idris Jusoh sedih tinggal FELDA

jeriji 4

Kurung murid dalam bilik jeriji besi selesai cara baik