in ,

Kurung murid dalam bilik jeriji besi selesai cara baik

jeriji 4
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan satu perjumpaan antara keluarga murid dengan pengurusan sekolah telah diadakan.

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kes murid didakwa dikurung dalam bilik berjeriji besi di sebuah sekolah di Rembau diselesai dengan cara baik

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan satu perjumpaan antara keluarga murid dengan pengurusan sekolah telah diadakan.

“Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau mengambil maklum berkaitan isu tular mengenai murid di sebuah sekolah rendah yang dikurung dalam bilik pagar besi.

Hasil siasatan, polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Cawangan Khas dan Ketua Polis Balai Kota mendapati kejadian berlaku jam 8.30 pagi semalam, di sebuah sekolah di Kota, dekat Rembau.

“Ia berlaku apabila seorang guru lelaki dikatakan mendenda mangsa dengan mengurungnya di ruangan besi kerana kesalahan yang dilakukan berulang kali,” katanya dalam kenyataan petang  ini.

Malah, Hazri berkata ruang besi itu merupakan bilik pameran Persatuan Pencegahan Dadah Sekolah.

Katanya, hasil pertemuan bapa mangsa menerima penjelasan oleh guru terbabit dengan baik dan ia dilakukan oleh guru berkenaan sebagai denda namun masih di bawah pemantauan pihak sekolah.

Justeru beliau berkata, polis menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga menggugat ketenteraman awam. – nasionalkini.my

Universiti Malaya scaled

UM kekal universiti terbaik negara, naik lima anak tangga dalam QS World Ranking

penempatan israel

Israel lulus 5,700 unit penempatan baharu kepada peneroka haram Yahudi di Tebing Barat