in

Tular video lelaki berang ditegur merokok di kedai makan

WhatsApp Image 2023 05 01 at 17.49.00
Rakaman video menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang remaja lelaki yang menegurnya merokok dalam sebuah kedai makan.

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Tular satu video menunjukkan perbuatan seorang lelaki yang berang ditegur seorang remaja lelaki ekoran didakwa merokok di sebuah kedai makan tular di media sosial sejak Ahad.

Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja T berkolar naik angin apabila ditegur perbuatannya itu.

“Awak ni pegawai apa? Pekerja kat kedai ni pun tak berani nak tegur sayalah,” kata lelaki tersebut sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Pertengkaran itu kemudiannya dileraikan seorang lagi individu di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Video berkenaan tular di aplikasi Twitter sehingga mendapat lebih 814,000 tontonan 8,435 ulang ciap dan 11,300 tanda suka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan ditwitternya berkata, pihaknya mengambil maklum akan kejadian itu dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan remaja tersebut. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 01 at 17.00.43

Cafe Allid’s bantu kumpulan B40

bagan 2

Rumah kakak dan pekan Bagan Datuk yang sunyi