in ,

Cafe Allid’s bantu kumpulan B40

WhatsApp Image 2023 05 01 at 17.00.43
Mohd Khalid Abdul Rahman menunjukkan antara menu pilihan pelanggan di Cafe Allid's berkonsepkan 'santai Rahmah' yang baharu beroperasi di Taman Merdeka Jaya, Melaka semalam.

Yusuf Shafie

MELAKA, 1 Mei – Mahu memastikan restoran dibuka mampu dinikmati golongan B40, seorang bekas pekerja swasta sanggup membelanjakan wang simpanannya berjumlah RM70,000 demi merealisasikan hasratnya itu.

Berkonsepkan ‘santai Rahmah’, Cafe Allid’s yang baharu beroperasi di Taman Merdeka Jaya di sini semalam, menawarkan pelbagai menu pada harga bermula RM2.50 hingga RM8.50 untuk makanan utama.

Pemiliknya, Mohd Khalid Abdul Rahman, 60, yang mengusahakan perniagaan itu bersama adiknya, Ahmad Nasaruddin, 50, berkata, mereka yakin dengan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang masakan mampu menambat hati pelanggan.

“Sebab itu, pada setiap hari Jumaat sahaja, kami akan menyediakan sehingga 60 pinggan menu asam pedas ikan pari atau kembung pada harga Menu Rahmah iaitu RM5 sahaja beserta minuman.

“Kami mahu ‘lari’ dari konsep biasa kafe yang dikaitkan dengan harga yang mahal tetapi tidak di Cafe Allid’s walaupun kami telah membelanjakan kira-kira RM70,000 untuk membuka kafe ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara pelbagai pelbagai menu tempatan lain disediakan termasuklah pelbagai pilihan pastri, roti, nasi lemak berlauk, laksa nyonya, lontong serta mi dan bihun goreng.

“Kami juga menawarkan nasi ayam penyet presto selain spageti dan roti yang dihasilkan di dapur sendiri dengan bantuan enam orang pekerja.

“Untuk permulaan, Cafe Allid’s dibuka bermula pukul 7 pagi hingga 8 malam dan mungkin akan dilanjutkan sehingga 10 malam bergantung pada permintaan pelanggan di masa harapan,” katanya. – nasionalkini.my.

FB IMG 1682925894318

Kerajaan komited jamin kebebasan, media terbuka

WhatsApp Image 2023 05 01 at 17.49.00

Tular video lelaki berang ditegur merokok di kedai makan