in ,

Tik Tok saman Montana

WhatsApp Image 2023 05 23 at 2.02.28 PM

AMERIKA SYARIKAT 23 Mei – TikTok memfailkan saman untuk membatalkan langkah Kerajaan Negeri Montana di Amerika Syarikat yang mengharamkan platform media sosial itu.

Syarikat yang berpangkalan di China itu memaklumkan langkah yang dikenakan Montana itu sebagai tidak berperlembagaan dan akan memberi kesan kepada penggunanya.

“Kami akan melindungi syarikat kami dan ribuan pengguna di Montana, langkah perundangan telah diambil dan kami mempunyai bukti dan fakta yang kukuh,” ujarnya.

Sebelum ini, Montana menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang menyekat aplikasi perkongsian video itu apabila gabenornya menandatangani rang undang-undang mengenai larangan itu.

Peraturan baharu tersebut akan menyaksikan larangan terhadap TikTok untuk beroperasi sebagai perniagaan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 23 at 2.16.52 PM

Duda ugut ibu guna pisau demi wang dipenjara 24 bulan

WhatsApp Image 2023 05 03 at 9.00.01 AM

Permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara ditolak