in ,

Permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara ditolak

WhatsApp Image 2023 05 03 at 9.00.01 AM
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim, Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian selepas menolak permohonan daripada pihak pembelaan yang diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Ahmad berkata, mahkamah mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.

“Setelah meneliti affidavit dan hujahan, mahkamah memutuskan isu-isu yang dihujahkan oleh pembelaan tidak dapat menunjukkan alasan keadaan luar biasa. Oleh itu, permohonan pemohon untuk gantung hukuman ditolak,” katanya.

Pada 3 Mei lepas, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Wanita itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman tersebut. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 23 at 2.02.28 PM

Tik Tok saman Montana

scam phone1 1665551071

Pinda Kanun Tatacara Jenayah, bantu mangsa scam