in

Terengganu umum Isnin cuti ganti bukan cuti peristiwa

trg

KUALA TERENGGANU 21 April – Kerajaan Terengganu mengumumkan Isnin ini adalah cuti gantian dan bukannya cuti peristiwa sempena sambutan Aidilfitri.

Tiada keputusan baharu berkaitan dengan cuti peristiwa dibincangkan pada Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, Rabu lalu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Terang beliau, ketetapan cuti raya serta cuti gantian adalah amalan biasa dan bukannya cuti peristiwa.

tg farouk
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, keputusan baharu berkaitan dengan cuti peristiwa dibincangkan pada Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, Rabu lalu.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh hari raya Aidilfitri adalah esok dan cuti gantian esok diganti kepada Isnin,” katanya seperti dipetik berita harian, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Farok Hussin berpuas hati dengan langkah diambil pelbagai agensi penguat kuasa dalam menangani isu kesesakan lalu lintas di negeri ini.

Katanya, walaupun jumlah kenderaan dikatakan bertambah sehingga 750,000 terutama membabitkan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), tetapi tiada kesesakan teruk berlaku.

LPT2 01
Walaupun jumlah kenderaan bertambah sehingga 750,000 terutama membabitkan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), namun keadaan masih terkawal.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan sambutan Aidilfitri akan disambut pada hari Sabtu, 22 April 2023.

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa itu disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio tempatan. – nasionalkini.my

71644849336 SPRM

SPRM sita dua akaun Bersatu

joe flizow

Joe Flizzow luah kesepian dalam ‘Sunyi’