in ,

SPRM sita dua akaun Bersatu

71644849336 SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang menunggu nota keterangan mahkamah berhubung keputusan berkenaan.

KUALA LUMPUR, 20 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan  dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disita selepas mengemukakan perintah kepada bank mengikut akta pengubahan wang haram.

SPRM dalam  kenyataan memaklumkan, tindakan berkenaan dibuat selepas mengemukakan perintah  mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Terdahulu, kedua-dua akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.

“Susulan itu, SPRM melaksanakan tindakan sitaan tersebut pada 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001,” katanya SPRM, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, penjelasan berkenaan adalah bagi menjawab laporan berita akhbar, The Edge CEO Morning Brief pada 19 April lalu, yang bertajuk, ‘Bersatu asks MACC why two accounts still frozen after 90 days’

Difahamkan, pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion, yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19. 

Namun, sehingga kini, kedua-dua pihak,  SPRM atau Bersatu tidak mendedahkan nilai akaun milik parti itu yang dibekukan sebelum ini. -nasionalkini.my

sudan GPM

Pergolakan Sudan : GPM gesa gencatan senjata dan penyelesaian secara damai

trg

Terengganu umum Isnin cuti ganti bukan cuti peristiwa