in ,

Joe Flizzow luah kesepian dalam ‘Sunyi’

joe flizow

Oleh Hajidah Miharbi

RAMAI yang menyangka kemasyhuran dan populariti merupakan tujuan utama selebriti, tetapi mereka lupa bahawa kadangkala artis juga berdepan kesunyian. 

Berkongsi pengalamannya sebagai anak seni, penyanyi hip hop popular Malaysia, Joe Flizzow sempat mengabadikan memori itu dalam lagu baharu dendangannya, Sunyi.

Kata Joe, walaupun nama seseorang artis berada di puncak kerjaya namun di waktu yang sama hatinya sendiri terasa sepi. 

WhatsApp Image 2023 04 21 at 12.25.07 PM
Joe Flizzow luah kesepian dalam 'Sunyi' 6

“Lagu Sunyi dendangan saya ini membawa maksud kesepian atau sendiri yang menjelaskan rasa kesunyian yang dihadapi oleh ramai orang. Saya percaya ramai orang mampu merasai lagu ini, khasnya para selebriti.

“Semua ingat seronok bila popular sebab tu ramai yang mahu jadi selebriti, tapi mereka lupa yang selebriti pun manusia biasa, kadangkala mereka juga berasa kesunyian. 

“Apatah lagi tika berada di puncak kerjaya. Malah sunyi juga menggambarkan kesepian. Definisi-definisi inilah yang memberi makna kepada lagu ini,” jelas Joe yang juga dikenali sebagai ‘Mr President’ dalam arena hip hop tempatan.

WhatsApp Image 2023 04 21 at 12.24.50 PM
Joe Flizzow luah kesepian dalam 'Sunyi' 7

Menurut Joe, idea menghasilkan lagu Sunyi tercetus ketika dia berada di bandar raya New York.

“Waktu itu, ilham datang kala saya menginap di Times Square di pusat kota New York. Biasanya kalau ke New York saya tidak akan tinggal di Times Square. Ia adalah salah satu tempat paling sibuk di dunia. 

“Namun, di balik kesibukan kota itu, saya tiba-tiba merasa paling sepi dan sunyi dalam hidup saya. Dengan berjauhan dari tempat asal, detik itu benar-benar mencetuskan ilham yang membawa kepada penciptaan lagu ini,” kata Joe.

Dicipta dan disusun oleh SonaOne, dengan lirik nukilan Joe Flizzow sendiri, lagu ini turut menyaksikan pembabitan Magic Potions serta SonaOne sebagai penerbit bersama.

WhatsApp Image 2023 04 21 at 12.25.22 PM
Joe Flizzow luah kesepian dalam 'Sunyi' 8

Tambah Joe, selepas menulis lagu ini, dia berkongsi karya tersebut dengan Alyph serta SonaOne dengan harapan mereka yang merakamkan lagu tersebut.

“Saya dah berfikir bahawa lagu ini sesuai untuk mereka rakam dan lancarkan. Tapi selepas mendengarnya, kata mereka lebih baik saya yang nyanyikannya. 

“Lagipun, dah lama saya tak merakam dan menyanyikan lagu sendiri. Oleh kerana lagu ini agak peribadi buat saya, jadi saya teruskan idea untuk merakamkannya seperti yang mereka cadangkan,” sambung Joe lagi.

Sebahagian besar lagu ini menyaksikan Joe lebih banyak menyanyi berbanding mengalunkan rap seperti kebiasaan bintang hip hop itu sebelum ini.

Sunyi juga hadir dengan sebuah video muzik menarik yang menggambarkan perjalanan kerjaya Joe sebagai anak seni.

“Anda akan dapat menyaksikan beberapa rakaman lama yang saya temui dari 15 tahun lalu saat bersama dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. 

“Menerusi video ini saya ingin menunjukkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan impian saya dari 15 tahun sebelumnya,” jelasnya.

WhatsApp Image 2023 04 21 at 12.25.36 PM
Joe Flizzow luah kesepian dalam 'Sunyi' 9

Menurut Joe juga, cabaran untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia hip hop global bukanlah mudah. Banyak liku-liku yang perlu dihadapi.

“Pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan. Saya harap lagu ini mampu mengingatkan semua orang bahawa anda tidak sendirian, dan tiada salahnya jika kadang kita tidak okey.

“Kita berhak untuk berasa sedih dalam menghadapi liku-liku hidup dan semoga lagu ini mampu menjadi teman saat kesunyian. Ingatlah bahawa, akan sentiasa ada sinar di hujung kegelapan, Insya-Allah,” ujar Joe.

Sunyi boleh distrim di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Joe Flizzow. – nasionalkini.my

trg

Terengganu umum Isnin cuti ganti bukan cuti peristiwa

tar 4

Tart nanas nyonya air tangan Fatheen laris, 30,000 biji ‘dipinang’ peminat