in

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan

tasik kenyir 1
Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU – Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai ‘Kenyir Geopark’.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pengiktirafan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Abdul Wahid Abu Salim di Putrajaya, semalam.

“Pengiktirafan itu adalah antara pencapaian terbaik kerajaan negeri yang telah lama berusaha untuk menjadikan Kenyir sebagai taman geo sepertimana yang terkandung dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030).

“Usaha menjadikan Kenyir sebagai geopark bermula sejak 2015, namun pelbagai halangan terpaksa ditempuhi sebelum mendapat pengiktirafan pada hari ini. Mesyuarat NRECC turut menetapkan 2027 sebagai penilaian semula status Kenyir sebagai geopark,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ariffin berkata, pengiktirafan itu akan membuka dimensi baharu kepada sektor pelancongan Tasik Kenyir yang sememangnya sudah mendapat tarikan utama dalam kalangan pelancong.

Katanya, selain itu ia juga akan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi yang akan membangunkan lagi sosioekonomi komuniti setempat. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.13.02 PM

Buruh didakwa rogol remaja

IMG 20230531 152951 6 x 4 inch

Alunan al-Quran bantu Sakinah tenang