in ,

Tart nanas nyonya air tangan Fatheen laris, 30,000 biji ‘dipinang’ peminat

tar 4

Oleh: Aqeelah Amzar

SEBUT sahaja biskut tart nanas, ramai membayangkan keenakannya yang lemak manis dan terasa-rasa sudah masuk ke tekak. Kebanyakan kita kenal tart nanas bergulung kerana ia paling popular tetapi menariknya tart nanas mempunyai sekurang-kurangnya lapan rekaan yang berlainan.

 Antaranya bentuk daun, empat persegi, bentuk kerang, bentuk sebiji  seperti  buah nanas atau dikenali sebagai  tart nanas nona,  bentuk buah-buahan  yang mana inti kesemua bentuk tart tersebut berada di bahagian dalam.

Ada juga tart bentuk bunga klasik, bentuk bunga moden, bentuk raga dan intinya pula terletak di bahagian luar.

tart 1
Air tangan Fatheen Asyila yang menyediakan tart nyonya secara manual. Foto Facebook Sakilah Abdul Rahman

Namun terdapat satu lagi bentuk yang semakin disukai dan dikenali sebagai tart nyonya dan ada yang menggelarnya tart bunga nyonya.

Rekaan tart nyonya  lebih unik kerana bentuknya bulat pipih, diletakkan jem di tengah dan dihiasi jalur-jalur halus yang disusun bertingkah seperti renda.

Pengusahanya, Fatheen Asyila Azman Chan, berkata, hiasan pada tart nanas nyonya yang dihasilkan dibuat secara manual.

tart 3
Wanita cantik berusia 28 tahun itu mengakui ilham menghias tart nyonya yang unik dan cantik itu datang daripada ibunya, Sakilah Abd Rahman yang turut mengusahakan bengkel biskut bersama-samanya.

Beliau yang mengusahakan bengkel membuat tart nanas di Skudai Johor Bahru, Johor merupakan pemegang diploma dalam bidang bakeri dan pastri.

Ketika dihubungi, wanita cantik berusia 28 tahun itu mengakui ilham menghias tart nyonya yang unik dan cantik itu datang daripada ibunya, Sakilah Abd Rahman yang turut mengusahakan bengkel biskut bersama-samanya.

“Selepas mencuba beberapa kali, saya sendiri tertarik dan mengagumi hasilnya dan mula menawarkan kepada orang ramai.

Seperti yang diduga sambutan sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan dan memang dapur kami bagai beroperasi siang hingga ke malam  untuk memenuhi permintaan.

tart 2
Tulang belakang Fatheen iaitu ibunya, Sakilah Abdul Rahman yang bersama-sama mengendalikan pembuatan biskut yang terletak di Skudai, Johor

“Semakin hampir sambutan Aidil Fitri,  sambutan bertambah dan luar biasa kerana kami menerima permintaan termasuk pelanggan dari seberang tambak Johor, Melaka dan Kuala Lumpur dan hampir semuanya bertanya mengenai tart nyonya sedangkan kami juga menjual pelbagai jenis biskut dan kek lain seperti biskut Dahlia, “ katanya.

Malah menurutnya jualan tahun ini juga berganda jika dibandingkan tahun lepas kerana telah 30,000 biji tart nyonya telah dibeli pelanggan dan operasi masih berlangsung.

Dibantu lima pekerja, Fatheen mengakui semakin selesa dengan perniagaan yang diusahakan dan berharap terus bertahan sebagai usahawan yang berjaya walapun selepas musim perayaan.

tat 1 1
Hasil air tangan yang mempunyai peminat tersendiri dan berjaya terjual sehingga 30,000 sepanjang Ramadan

Bercerita mengenai tart nanas nyonya yang viral,  ia bermula gara-gara ibunya berkongsi gambar-gambar tart nenas nyonya di media sosial miliknya dan ramai yang menempah kerana tertarik dengan rekaannya yang unik dan berseni.

“Percaturan menjadi kerana sebelum ini kami membuat tart yang digemari oleh pelanggan Cina yang berbentuk ulat Beluncas tetapi selepas tart nyonya diperkenalkan kami terus fokus,” katanya yang boleh dihubungi melalui instagram, miliknya OfficialTheensPastry atau Facebook, Theen’s / Sakilah Abdul Rahman. – nasionalkini.my

joe flizow

Joe Flizzow luah kesepian dalam ‘Sunyi’

bas loncat 2

Demi balik kampung di Aidilfitri sanggup naik ‘bas loncat’