in

SKMM tambah baik rangkaian komunikasi di Kampung Bukit Badong

SKMM 1566037780

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menambah baik rangkaian komunikasi yang lemah termasuk internet di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, tindakan segera pihak syarikat telekomunikasi (telco) telah mengoptimumkan rangkaian perkhidmatan dengan kadar segera di kawasan terbabit.

“Hasil daripada tindakan telco dan pengukuran yang telah dijalankan di beberapa lokasi mendapati kualiti perkhidmatan secara keseluruhannya telah bertambah baik iaitu daripada kelajuan di bawah 2.5Mbps kepada 40Mbps secara purata.

“Namun terdapat beberapa kawasan yang memerlukan penambahbaikan dan kami telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk menyediakan perancangan jangka panjang dalam masa terdekat bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kepada penduduk di Kampung Bukit Badong ini,” kata kenyataan itu.

Pada 30 Julai lalu, SKMM telah menjalankan lawatan tapak pada 1 Ogos tahun ini bersama dengan wakil penyedia perkhidmatan (telco) iaitu Celcom, Digi, Maxis dan UMobile.

Ia susulan aduan berkaitan kualiti liputan komunikasi lemah yang diterima semasa program inisiatif Ziarah Kasih oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di kampung tersebut.

Dalam pada itu, SKMM berkata, pihaknya akan melaksanakan rancangan jangka masa panjang bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

“Pihak kami akan terus memantau pelaksanaan perancangan jangka panjang agar isu liputan komunikasi ini dapat diselesaikan,” tambah kenyataan itu. – nasionalkini.my

364122209 318603683931031 8966872344668631618 n

Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam guni

Nafuzi

Pemain tidak mempamerkan permainan sebenar – Ketua Jurulatih Kedah