in ,

Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam guni

364122209 318603683931031 8966872344668631618 n
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan (kiri) memeriksa lokasi mayat yang ditemui dalam guni dipercayai dibunuh, sebelum ditinggalkan di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang pada Jumaat.

SERDANG, 4 Ogos – Mayat lelaki tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu pada jam 1.30 tengah hari memaklumkan menemui seorang lelaki terbaring dan disyaki telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam karung guni plastik atau jumbo beg berwarna putih di tapak stor penyimpanan besi buruk.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat pada Sabtu bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengesan dan menangkap suspek terlibat.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Polis tumpas sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 sebulan

SKMM 1566037780

SKMM tambah baik rangkaian komunikasi di Kampung Bukit Badong