in

Siti Zailah tampil beri penjelasan dakwaan curi air pili bomba

k lah 4

KOTA BHARU, 7 Mei –  Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mencuri air daripada pili bomba .tanpa pengetahuan agensi berkenaan

Katanya perkara tersebut berada dalam pengetahuan pihak bomba di kawasannya.bagi memenuhi keperluan rakyat.

Malah, telah mendapat keizinan mendapatkan bekalan itu daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terlebih dahulu.

k lah 2
Tangkap layar menunjukkan jawapan balas yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff berhubung dakwaan beliau mencuri pili bomba tanpa kebenaran.

“Penggunaan pili bomba adalah dengan kebenaran dan pengetahuan daripada Balai Bomba Rantau Panjang.

… malah mereka banyak membantu kami menghantar bantuan air ke premis seperti surau dan sekolah yang kecemasan memerlukan air.

“Tiada berbangkit isu curi air, kami membantu rakyat yang kecemasan memerlukan bekalan air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau dikecam pengguna Twitter yang membidas tindakannya menggunakan pili bomba dan tindakannya dianggap tidak wajar dilakukan.

Seorang pengguna laman sosial Facebook yang mempertikaikan tindakan tersebut.

Tulis pengguna laman sosial itu kerja mengambil air dari pili bomba sebelum ini tanpa pengetahuan pihak bomba, boleh dianggap mencuri air dari pili bomba kann?

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengakui akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen terbabit kerana ia perkara tidak bertanggungjawab dan tidak sesuai untuk dilakukan mana-mana individu yang juga secara tidak langsung mempertaruhkan aspek keselamatan.

“Sumber air dari pili bomba hanya digunakan bagi kes kecemasan, khususnya dalam memadamkan kebakaran dan bukan untuk dimasukkan ke dalam tangki air bagi dibekalkan kepada pengguna.

“Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku,” katanya. – nasionalkini.my

png 20230507 184956 0000

Busana Agong, Permaisuri antara lima terbaik pada Istiadat Pertabalan Raja Charles III

photo 2023 05 07 21 13 32

Ngabat ikan aktiviti mengujakan di musim kemarau