in

Semangat patriotik pesara TUDM

Mohd Mustafa bersama motosikal miliknya yang dihiasi 66 bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang

KUANTAN, 16 Ogos – Setiap tahun, sudah menjadi rutin Mohd Mustafa Abu Bakar berarak dengan motosikal mengelilingi bandar raya Kuantan.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 62 tahun itu juga menghiasi motosikal jenis skuter miliknya dengan puluhan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang.

“Cuma tahun ini saya tambah kelainan sikit, pasang lagu patriotik sambil menunggang motosikal,” katanya ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Mohd Mustafa memberitahu, sebanyak 40 Jalur Gemilang dan 26 bendera Pahang dipasang pada motosikal miliknya untuk tahun ini.

Mohd Mustafa bersama motosikal miliknya yang dihiasi 66 bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang

Katanya, jumlah bendera itu adalah simbolik kepada sambutan hari Kemerdekaan negara kali ke-66.

“Saya sangat puas hati apabila melakukan aktiviti ini, selain mendapat perhatian orang ramai, saya juga dapat menunjukkan rasa cintakan negara kepada generasi muda.

“Ramai juga yang minta bergambar dengan saya dan motosikal ini, mereka juga tumpang bangga dengan semangat yang saya tunjukkan,” katanya lagi.

Dia yang berniaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan pernah berkhidmat dalam pasukan khas udara TUDM (HANDAU-PASKAU181) sebelum pencen.

“Hargailah kemerdekaan yang kita miliki ketika ini kerana ada negara lain masih belum bebas (merdeka) dan membangun seperti Malaysia,” ujarnya.- nasionalkini.my

MOCA sedia jadi tarikan baharu Pahang

Wacana ilmu dedah teknologi dron