in

Hujung minggu di Gelugor, Paya Rambutan

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 16 Mac – Dua imam dari Yaman bertugas sepanjang Ramadan di Masjid Kampung Gelugor, dekat sini.

Perkara itu dikongsi ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus melalui satu hantaran di Facebook miliknya.

Kelmarin, dia meluangkan masa menyantuni penduduk di Kampung Paya Rambutan untuk majlis berbuka puasa.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

Selain itu, Mohd Yazid juga menunaikan solat Maghrib disusuli Isyak dan tarawih di situ.

Semalam pula, dia berkunjung ke Kampung Gelugor bagi menjalankan rutin sama – berbuka puasa dan tarawih – di masjid kampung berkenaan.

Mohd Yazid yang juga ketua BERSATU Paya Besar mengambil kesempatan dalam kunjungan itu dengan beramah mesra dan mendengar permasalahan dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.– nasionalkini.my

Rai Ramadan penuh kesederhanaan

Zahid dakwa PAS yang tinggalkan Muafakat Nasional