in

KOSMA Business Hotel lokasi strategik untuk semua

BERADA di tengah pusat bandar raya Kuantan, KOSMA Business Hotel adalah antara hotel yang menjadi pilihan pelancong apabila berkunjung ke daerah ini.

Dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi SerbaUsaha Makmur Berhad (KOSMA), hotel yang terletak di Jalan Tun Ismail itu juga begitu hampir dengan segala kemudahan dan memberi keselesaan kepada pelanggan mereka.

Pegawai Operasi KOSMA Business Hotel, Zulkarnain Hashim

Pegawai Operasi KOSMA Business Hotel, Zulkarnain Hashim berkata, hotel yang mula beroperasi pada tahun 2015 itu sudah membina nama tersendiri dalam kalangan pelancong.

“Kedudukan hotel kami memang strategik, ada tiga pasar raya besar di sekeliling hotel dan semuanya boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki.

Antara bilik penginapan di KOSMA Business Hotel Jalan Tun Ismail, Kuantan

“Berhadapan hotel pula terdapat Masjid Tepian Putra yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti bersama komuniti,” katanya ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Selain itu, Zulkarnain berkata, sebanyak 60 bilik pelbagai kategori disediakan pihaknya untuk dipilih pelanggan.

Katanya, setiap bilik mempunyai sentuhan hiasan dalaman berbeza bagi kepuasan mereka yang menginap di situ.

Antara kemudahan disediakan kepada pelancong yang menginap di KOSMA Business Hotel Jalan Tun Ismail, Kuantan

“Kita juga ada kafe – Cafe D’KOSMA yang menyediakan pelbagai menu untuk pelanggan pada harga sangat berpatutan,” katanya lagi.

KOSMA Business Hotel Jalan Tun Ismail juga mempunyai dewan mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 80 orang pada satu masa.

Bagi mereka yang bercadang untuk meluangkan masa bercuti di Kuantan, boleh layari laman web http://www.kosma.com.my/hotel untuk melihat apa yang menarik ditawarkan KOSMA Business Hotel untuk anda.- nasionalkini.my

Penduduk mohon bantuan dana bina surau

jailani

DUN UMNO perlu beri penjelasan sertai program PN