in

Mahkamah benarkan permohonan injunksi bekas ADUN Gombak Setia 

mahkamah shah alam
Mahkamah keluar perintah injunksi halang roboh pusat khidmat Gombak Setia

Oleh Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 12 Julai –   Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan injunksi mantan ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham bagi menghalang tindakan pengosongan dan perobohan  Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Hilman dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mendapatkan permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi terhadap pihak Pentadbir Tanah Gombak dan kerajaan negeri pada hari ini. 

Katanya, permohonan dibuat selepas menerima notis pengosongan atau merobohkan pusat khidmat  tersebut yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor melalui Pentadbir Tanah Gombak pada 6 Julai lalu.

hilman 1
Notis pengosongan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Gombak pada 6 Julai lalu.

“Setelah mendengar permohonan saya melalui peguam Sasha Lyna Abdul Latif dari Messrs Sasha Lyna, perintah injunksi telah diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Zaharah Hussain. Perintah ini adalah berkuat kuasa serta-merta. 

” Ini bermakna, jika kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Gombak masih meneruskan tindakan terhadap Pusat Khidmat Gombak Setia maka mereka boleh dikenakan tindakan melanggar perintah dan menghina mahkamah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana kerajaan negeri telah menggunakan salah guna kuasa, berunsur ugutan dan politik dendam bagi mengusir dan memusnahkan pejabat berkenaan. 

” Saya ingin menegaskan bahawa Pusat Khidmat Gombak Setia akan terus memberi khidmat kepada rakyat Gombak Setia sehinggalah selesai Pilihan Raya Negeri Selangor akan datang. 

” Tugas dan tanggungjawab saya kepada warga Gombak Setia tidak akan terhenti semata-mata kerana pembubaran Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah ke Pusat Khidmat Gombak Setia bagi menyerahkan dan menampal Notis Kesalahan Pendudukan Secara Tidak Sah di atas Tanah Kerajaan Seksyen 425 & 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara 1965. 

Pusat Khidmat Rakyat DUN Gombak Setia itu dibangunkan sejak 2008 oleh bekas ADUN Gombak Setia pada ketika itu dan digunakan Hilman bagi tujuan sama selepas diangkat sebagai wakil rakyat pada 2018. – nasionalkini.my

IMG 20230712 211122 800 x 500 pixel

Sabah sedia kecewakan Sri Pahang

WhatsApp Image 2023 07 12 at 7.31.03 PM

Rajesh Khanna sukar terima hakikat hilang mahkota ‘superstar’