KUANTAN, 14 Julai – Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Mutaqqin mempelawa orang ramai menyalurkan sumbangan bagi pembinaan unit asrama pelajar maahad itu.
Maahad yang terletak di kawasan Perumahan Makmur, Sungai Soi, dekat Kuantan mula beroperasi awal tahun 2021.
Mudir maahad itu, Mohd Zaki Mohd Zulkafalay berkata, kos bagi pembinaan asrama pelajar dianggarkan berjumlah RM250,000.
“Pembinaan asrama ini sangat penting untuk memastikan keselesaan pelajar kami dalam mendalami pengajian Al-Quran dan kitab yang berkaitan,” katanya.
Mohd Zaki memaklumkan, idea menubuhkan maahad itu tercetus sekitar tahun 2020,selepas dia bertugas sebagai tenaga pengajar di maahad tahfiz lain sebelum itu.
“Ketika kami memulakan operasi pada Januari 2021, terdapat 12 pelajar yang mengikuti pengajian mereka di sini.
“Selain menghafaz 30 juzuk Al-Quran, di sini juga kami menyediakan pelajar dengan pengajian kitab turath yang lain seperti fekah, tauhid dan tasawuf,” katanya lagi.
Orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Maybank 5560 1111 5488 atas nama Maahad Tahfiz Al-Mutaqqin.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan maahad itu pula boleh hubungi talian 013-274 3889.- nasionalkini.my