in

Baitul Hasanah perlu dana besarkan surau

Maahad Tahfiz Baitul Hasanah, Kampung Tanah Merah, Jalan Kuantan-Pekan sedang mencari dana bagi kerja naik taraf surau mereka untuk keselesaan pelajar

KUANTAN, 28 Julai – Maahad Tahfiz Baitul Hasanah sedang mencari dana dan penyumbang untuk kerja naik taraf surau di tempat itu.

Maahad yang beroperasi di Kampung Tanah Merah, Jalan Kuantan-Pekan, buat masa ini hanya memiliki surau yang agak kurang selesa berikutan peningkatan jumlah pelajar mereka.

Mudir maahad itu, Uzstaz Abu Maulana Basyari Al Khalidi berkata, seramai 60 pelajar sedang mengikuti pengajian hafazan dan kitab di situ.

“Pelajar kami datang dari Johor, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor selain ada juga dari Pahang.

“Terdapat tujuh anak yatim juga berada di maahad ini bagi mengikuti pengajian,” katanya.

Maahad Tahfiz Baitul Hasanah, Kampung Tanah Merah, Jalan Kuantan-Pekan sedang mencari dana bagi kerja naik taraf surau mereka untuk keselesaan pelajar

Dia memaklumkan maahad itu masih ada lapan tempat untuk pelajar lelaki dan empat bagi pelajar perempuan yang berminat belajar hafazan dan lain-lain bidang pengajian agama.

Ustaz Abu Maulana Basyari turut mengalu-alukan sumbangan dan infaq bahan mentah seperti beras dan barangan keperluan asas lain untuk maahad itu.

Katanya, tapak maahad seluas kira-kira 11 ekar adalah milik persendirian dan mereka ingin mencari dana bagi membina surau lebih selesa untuk pelajar.

Maahad Tahfiz Baitul Hasanah, Kampung Tanah Merah, Jalan Kuantan-Pekan sedang mencari dana bagi kerja naik taraf surau mereka untuk keselesaan pelajar

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan melalui akaun Maybank 556093262737 atas nama Maahad Tahfiz Baitul Hasanah.

Mereka juga boleh menghubungi Ustaz Maulana Abu Basyari di talian 019-911 1143 untuk mendapatkan maklumat lanjut.- nasionalkini.my

Nik Abduh tolak tawaran jadi calon

6 maut letupan bom jelang hari Asyura