in

Lebih 50 peratus penjaja guna kaedah bayar tanpa tunai

Gambar hiasan

MELAKA, 9 Ogos – Kerajaan negeri menyasarkan peningkatan lebih 50 peratus atau kira-kira 4,000 penjaja akan beralih kepada platform pembayaran tanpa tunai menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, inisiatif itu sudah dimulakan di Bazar Ramadan Semabok Perdana yang mana seramai 30 daripada 120 penjaja beralih kepada pembayaran tanpa tunai.

Kata beliau, inisiatif itu kemudiannya diperluaskan ke Pasar Malam Semabok dan Taman Seri Duyong yang terlibat dalam Program Transformasi Pasar Malam.

“Pasar Malam Semabok ada lebih 100 penjaja dan kita mewajibkan mereka bersedia ke arah tanpa tunai. Kita juga yakin lebih separuh daripada 100 penjaja di Pasar Malam Taman Seri Duyong akan beralih ke platform tanpa tunai.

“Kita percaya menjelang hujung tahun ini lebih 50 peratus penjaja akan berubah ke arah tanpa tunai.

“Kita yakin benda (pemikiran) ini boleh diubah kerana banyak agensi yang terlibat untuk memberi bantuan, kemudahan dan tunjuk ajar berterusan kepada masyarakat,” katanya kepada KOSMO selepas melawat Pasar Malam Taman Seri Duyong di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Zulkarnain Mohd Yassin berkata, berdasarkan maklum balas peniaga, prestasi perniagaan mereka meningkat sebanyak 2.5 peratus setelah menggunakan platform pembayaran tanpa tunai.

Menurutnya, peralihan berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai transformasi digital semata-mata tetapi menilainya dari sudut manfaat yang akan dinikmati oleh peniaga itu sendiri.- nasionalkini.my

logo polis 2 1651832730

Polis berkas tiga suspek kes pecah rumah

Dia ‘buang’ kami begitu saja – Fauziah