in

Catu susu akibat kesempitan wang

Abdul Rahman (kiri) menyuap nasi kepada isterinya yang terlantar sakit sebelum keluar bekerja ketika ditemui di Kampung Muring, Peringat dekat Kota Bharu baru-baru ini - Gambar oleh KOSMO

KOTA BHARU, 21 Julai – Seorang buruh kampung hanya mampu berse­rah apabila tidak mampu menyediakan RM2,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan isterinya yang terlantar hingga terpaksa mencatu susu khas agar boleh digunakan lebih lama.

Abdul Rahman Yaakob, 61, berkata, susu berharga RM110 setin itu sepatutnya digunakan dalam tempoh tiga hari, namun dia terpaksa mencatunya supaya dapat bertahan sehingga seminggu ekoran kekangan kewangan.

Katanya, isterinya terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri selepas disahkan menghidap penyakit saraf, darah tinggi dan gout sejak 10 tahun lalu.

“Dia tak boleh bergerak kerana kedua-dua tangan dan kakinya membengkok sejak beberapa tahun lalu.

“Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat pergi bekerja apabila perlu mengutamakan tugas untuk menguruskan isteri dengan memberinya makan dan susu,” katanya ketika ditemui KOSMO di Kampung Muring, Peringat di sini ­baru-baru ini.

Menurut Abdul Rahman, dia hanya bekerja kampung dengan menternak haiwan, tukang rumah dan menebang pokok yang memberinya pendapatan RM50 sehari.

Tambahnya, isterinya mene­rima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 tetapi ia masih tak mencukupi untuk menampung perbelanjaan membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan sumbangan boleh meng­hubungi Abdul Rahman di talian 011-3011 9022 atau terus ke akaun CIMB Abdul Rahman di nombor 7056492864.- nasionalkini.my

E-mel duta AS kena godam

Manchester United ‘ikat’ Onana