in

Batik karya anak istimewa

Antara produk bermotifkan batik yang dihasilkan pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan

KUANTAN, 5 Ogos – Karya batik dihasilkan pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Kuantan, dekat sini, mempunyai kredibiliti yang sudah diakui.

Banyak badan korporat dan orang perseorangan menempah produk berasaskan batik daripada mereka.

Guru SMPK Vokasional Kuantan, Hazlin Hamizi berkata, sejak sembilan tahun lalu, dia adalah antara tenaga pengajar diberi kepercayaan melatih pelajar istimewa berkenaan menguasai kemahiran dalam penghasilan produk batik.

“Kebanyakan pelajar istimewa dari kategori ‘slow learner’ dan berusia antara 16 hingga 19 tahun.

“Cabarannya memang ada tapi saya sangat beruntung kerana pelajar ini tidak banyak karenah dan sangat tekun mempelajari cara untuk menghasilkan lukisan batik,” katanya kepada wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Antara produk bermotifkan batik yang dihasilkan pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan

Hazlin berkata, antara produk dihasilkan mereka adalah bingkai gambar bercorak batik, tulisan khas menggunakan motif batik dan pelbagai lagi.

“Kita memang selalu menerima tempahan daripada badan korporat selain orang perseorangan.

“Kebanyakannya berpuas hati dengan hasil kerja pelajar di sini,” katanya.

Dia turut memaklumkan orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook https://www.facebook.com/smpkvkuantan?mibextid=b06tZ0 untuk melihat hasil kerja tangan anak istimewa itu.

Tempahan juga boleh dibuat melalui Facebook sekolah berkenaan.- nasionalkini.my

muis

MUIS cadang  Penasihat Undang-Undang negeri sembah nasihat Sultan berhubung kes Iki Putra

lesen

JPJ bakal laksana pembayaran pembaharuan lesen, cukai jalan secara talian