in

80 petani rugi jutaan ringgit sejak 2018

Petani dari Kampung Kelicap dan Sungai Suluh melihat pokok kelapa sawit yang mati akibat terendam air masin hampir sepanjang tahun sejak 2018 di Batu Pahat, Johor

Oleh Luth Adwa

BATU PAHAT, 5 Julai – Kerugian sehingga jutaan ringgit terpaksa ditanggung 80 petani di Kampung Kelicap dan Sungai Suluh di Tanjung Laboh di sini akibat tanaman diusahakan ditenggelami air masin.

Bermula sejak tahun 2018, kejadian itu dikatakan berpunca dari benteng penahan air laut pecah selain tidak diselenggara dengan sempurna.

Pesara kerajaan, Mazlan Ithnin, 58, berkata, penduduk di situ rata-rata mengusahakan kelapa mataq, tacunan dan pandan selain ada juga menanam kelapa sawit.

Jelasnya, perusahaan sejak 1976 sebelum mendapat geran hak milik tanah pada tahun 1980 ini pada mulanya boleh menghasilkan pendapatan RM150,000 setahun untuk petani.

“Daripada tiga kilometer benteng dibina untuk menahan air laut, hanya kira-kira 300 meter sahaja menggunakan batu, selebihnya menggunakan tanah.

“Akibatnya, berlaku runtuhan pada benteng mengakibatkan air laut ma­suk ke dalam kebun sebelum bertakung,” katanya kepada pemberita di sini.

Akibat keadaan itu katanya, tanaman diusahakan mati selain tidak mengeluarkan hasil.

Penduduk Kampung Kelicap, Nordin Daiman, 68, pula berkata, tanaman diusahakan penduduk seluas kira-kira 100 hektar itu turut ditanam dengan tanaman kontan seperti pisang, betik dan jambu.

Sementara itu, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat, Anas Mohamed berkata, benteng sepanjang kira-kira empat kilometer itu dibina di atas tanah milik persendirian, bukan tanah rezab kerajaan.

Jadi beliau berkata, sukar pihaknya untuk membina benteng kukuh. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Tiada siapa nak ‘bunuh’ peniaga Uptown Pahlawan Walk

Pekebun Musang King anggap keputusan mahkamah kemenangan moral